Pencerita Hati's

♥ Diary ♥
Bahan-bahan: 

250 gram cendawan butang jenis putih, cuci dan toskan
2 camca besar rata mentega
1 liter air
1 kiub pati ayam Maggi
2 camca besar tepung gandum
1 biji bawang holland, cincang
1 ulas bawang putih, hiris
200 ml whipping cream
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya


Cara-cara penyediaan:
  1. Asingkan 3 - 4 biji cendawan butang dan dadu kecil, selebihnya dihiris kasar. Panaskan mentega hingga cair. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu. Masukkan cendawan yang dihiris kasar, goreng hingga layu. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau rata dan masak sekejap (kurang lebih 1 minit). Tuang air dan masukkan kiub ayam (hancurkan), biar mendidih dan boleh matikan api, biar suam. Masukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga halus.
  3. Masukkan kembali ke dalam periuk dan masak hingga pekat. Tambah whipping cream, kacau rata. Masukkan lada hitam kisar dan cendawan yang didadu kecil. Biar mendidih perlahan dan kacau sekali sekala. Rasa dan jika perlu baru tambah garam secukup rasa. Hias dengan cincangan parsley dan tabur sedikit lada hitam kisar sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih...Selamat mencuba!


CHARLIE!!

Charlie sejenis binatang atau serangga yang kecil tapi sangatlah berbisa. Charlie nama mat salleh tapi wujud di Malaysia lagi-lagi musim padi dan terdapat banyak di kawasan sawah padi terutama di Penang, Perlis dan Kedah. Sekali datang musim dia, macam kekatu dia datang menyerang rumah orang. Kekatu tak berbisa, si Charlie di bisa teramat. Kita tak sedar pun bila masa dia hinggap kt badan kita tetapi tiba-tiba datang rasa pedih panas yang teramat, timbul ruam-ruam merah macam melecur kena api lagi teruk sampai bernanah. Pedih teramat sampai tak boleh nak gambar lagi-lagi bila terkena di tempat yang berlipat seperti celah lipatan peha, ketiak dan lipatan siku sebab boleh merebak lagi besar. Bagi yang kena dekat bontot tu, mahu meniarap je sampai sembuh luka tu. Jahat betul si Charlie ni. Ini dia gambar si Charlie. Kalau nak tengok gambar macam mana kena gigit oleh si Charlie, sila google sendiri sebab aku tak sanggup nak tengok gambar yang ditayang oleh google ni.



Nama Am: Kumbang Rove

Nama Spesis: Paederus fuscipes

Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie (Huih..banyak nama glemer kau rupenye!)

Kesan kepada manusia:
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.

Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang

Nasihat kepada yang dijangkiti:
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Bahan-bahan:

*minyak masak
*serbuk kari ikan
*santan
*ikan (p/s: ikan boleh guna ikan rebus atau ikan segar)
*air asam jawa/asam keping
*sayur (bendi/terung/etc)


Bahan kisar/tumbuk/hiris:

*bawang merah
*bawang putih
(p/s: lebihkan bawang merah dari bawang putih)
*cili kering (tak nak letak pun tak apa)


Cara-cara penyediaan:

1) Panaskan minyak.
2)Tumis bahan kisar sampai garing dan berbau wangi.
3) Bancuhkan serbuk kari dalam mangkuk dan masukkan dalam kuali bersama bahan tumis tadi.
4) Masak sampai serbuk kari garing , pecah minyak dan berbau wangi.
5) Masukkan santan, kacau perlahan bagi sebati.
6) Masukkan air asam jawa, gula, garam secukup rasa sampai mendidih.
7) Masukkan sayur.
8) Agak2 sayur separuh masak, masukkan ikan.
9) Tunggu sehingga ikan dan sayur masak.
10) Hidangkan bersama nasi panas.
Persediaan Solat jenazah:

  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.


Cara Solat Jenazah:

1)  Niat
    a)Niat untuk Imam - "Ushalli 'alaa haadzal mayyiti fardlal kifaayatin lillaahi ta'aalaa.."

    b) Niat untuk makmum - "Ushalli 'alaa haadzal mayyiti fardlal kifaayatin imaaman   /                                                                     makmuuman lillaahi ta'aalaa.."


2) Takbir Pertama - Mengangkat Takbir Pertama ("Allahuakbar") bersertakan niat seperti di atas.

3) Al- fatihah - Baca surah Al-fatihah:


4) Takbir Kedua - Mengangkat Takbir Kedua ("Allahuakbar")

5) Selawat Nabi - Baca selawat ke atas nabi, "Allahumma solli a'laa sayyidina Muhammad wa a'laa ali                                           sayyidina Muhammad" 
                           - Sebaik-baiknya bacalah Selawat Ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir solat:


6) Takbir Ketiga - Mengangkat Takbir Ketiga ("Allahuakbar")

7) Doa - Baca doa. Doa yang paling mudah adalah seperti contoh di bawah ni :
                a) "Allahummargh firlahu warhamhu" (untuk mayat lelaki)
                b)"Allahummargh firlaha warhamha" (untuk mayat perempuan)
            - Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih t                               tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
            - Doa yang panjang pulak seperti ini:


8) Takbir Keempat - Mengangkat Takbir Keempat iaitu takbir terakhir ("Allahuakbar")
                               - Boleh membaca doa seperti ini dahulu atau terus memberi salam:


9) Salam - Memberi salam kiri dan kanan. ("Assalamualaikum warahmatullah " )

Selesai beri salam, bolehlah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.










Pernah tak, ada dalam situasi ni??

1) Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..

2) Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..

3) Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

4) Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...

5) Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..

6) Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..

7) Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...

Persoalannya BILA????
Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..

»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang..
(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)


Copypaste..

Sini aku share kan doa untuk kita doakan kepada kedua ibu bapa kita:



Perancangan untuk mengadakan majlis pertunangan aku dan dia hanya dalam masa dua bulan sahaja. Terasa begitu singkat masa untuk menyediakan segala kelengkapan untuk hantaran, majlis makan-makan dan segala persiapan lah.

Memang majlis tu akan diadakan hanya dengan kehadiran dua keluarga sahaja, keluarga dia dan keluarga aku. Majlis kecil sahaja. Tetapi kecil-kecil pun perlu keluarkan wang dan kos juga. Jadi, segala persiapan harus dirancang dengan teliti dan terperinci supaya kos tidak lari dari bajet awal.

Persiapan yang perlu:

      1)       Cincin – Dua bentuk cincin. Satu cincin belah rotan untuk tanda sebagai merisik dan satu lagi cincin tunang. Bajet RM 600.00. SETTLE!

2    2)    Hantaran – Hantaran 7 dulang berbalas 6 dulang. Bajet RM 1000.00:

Dari pihak Perempuan
Dari pihak Lelaki
      *Kasut   -done-
      *  Kasut  -done-
      * Jam tangan   -done-    
      *  Jam tangan   -done-
      *Wallet & belt   -done-
      *  Handbag  -done-
      * Al- Quran
      *Make-up   -done-
      *  Tuala 
      *  Perfume   -done-
      *  Biskut   -done-
                   *  Coklat   -done-
      *  Coklat   -done-
                   * Buah- buahan
      *  Buah-buahan
                   
      *  Pulut Kuning
                 

3     3)       Pelamin – Sewa pelamin mini sahaja yang duduk bersimpuh. Rasanya lebih nampak sopan bila “Mak awak sarungkan cincin di jari saya”. Hehe. Lagipun nak kurangkan bajet. Pelamin cukup sekadar ada untuk bergambar. Bajet RM250.00.

4    4)      Baju pakai tunang – Yang ni untuk perempuan yer. Lelaki tak apa tak kisah. Pakai je apa-apa pun yang sedap mata memandang. Baju kurung moden atau dress manik-manik bersama veil. Bajet RM 200 ke bawah saja jangan nak mahal-mahal sangat.

5    5)      Makan-makan – Ini penting. Tak kan nak hidang air kosong dengan biskut hup seng je kat bakal keluarga mentua. Lagi-lagi bakal mentua ni datang dari jauh. Paling-paling lekeh, hidangan nasi makan tengah hari. Nasi putih + lauk + pencuci mulut + air manis. Ini mak aku yang fikir nak hidangkan apa. Aku cuma bagi bajet je.Hehe. Makan berhidang dalam rumah sebab tak sewa konopi pun. Maklum la, majlis kecil je. Bajet RM 400.00 je.

6    6)      Homestay – Ini bagi bakal rombongan pihak lelaki yang jauh nun dari negeri lain. Jadi memerlukan sewa homestay. Bajet RM 150.

7    7)      Duit minyak – Ini pun bergantung dengan jarak keluarga rombongan. Yang ni aku tak berapa pasti sebab ni pihak lelaki yang bajet-bajet sendiri.


Rasanya itu sahaja bajet untuk majlis pertunangan aku. Kecil-kecil pun, jumlah kos semua anggaran RM2,600.00. Yang mana dapat minimum kan kos, kita kurangkan. Semoga aku berjaya lalui ini semua dalam masa terdekat ni. 
                 Aku selalu dengar dan telah menjadi kebiasaan masyarakat kita memandang tinggi, mengagung-agungkan orang yang berpelajaran tinggi dengan pujian yang bergunung-ganang dan memandang rendah dengan orang yang taraf pendidikan yang tidak seberapa. Tidak cukup dengan itu, memperlekehkan pula orang yang tidak berapa berpendidikan.


                   Tetapi ada lagi satu pihak masyarakat kita ni menakut-nakutkan mahasiswa mahasiswi ni dengan cakap "Tak guna pun korang belajar tinggi-tinggi, habiskan duit mak bapak, berhutang sana sini, keluar nanti belum tentu dapat kerja gaji besar" dan membandingkan taraf pengajian dan soal pendapatan antara yang berpendidikan dan tidak berpendidikan. Melemahkan semangat dan usaha orang lain. Benda positif, please just give them a spirit if you can't sit on their place.


                    Bagi aku, ini budaya negatif, budaya minda sempit dan tidak percaya akan rezeki dan nasib seseorang itu bukan sepenuhnya bergantung dengan taraf pendidikan tetapi di atas usaha, kemampuan, bakat serta cara masing-masing yang tersendiri. Please, buang jauh jauh budaya pemikiran sempit ini. Masing-masing ada jalan hidup tersendiri. We have choice, an option and only we can decide our own path. Either it was hard or easy path, just go on. This is life.





Previous Post Older Posts Home