Pencerita Hati's

♥ Diary ♥

KENALI CHARLIE

Leave a Comment

CHARLIE!!

Charlie sejenis binatang atau serangga yang kecil tapi sangatlah berbisa. Charlie nama mat salleh tapi wujud di Malaysia lagi-lagi musim padi dan terdapat banyak di kawasan sawah padi terutama di Penang, Perlis dan Kedah. Sekali datang musim dia, macam kekatu dia datang menyerang rumah orang. Kekatu tak berbisa, si Charlie di bisa teramat. Kita tak sedar pun bila masa dia hinggap kt badan kita tetapi tiba-tiba datang rasa pedih panas yang teramat, timbul ruam-ruam merah macam melecur kena api lagi teruk sampai bernanah. Pedih teramat sampai tak boleh nak gambar lagi-lagi bila terkena di tempat yang berlipat seperti celah lipatan peha, ketiak dan lipatan siku sebab boleh merebak lagi besar. Bagi yang kena dekat bontot tu, mahu meniarap je sampai sembuh luka tu. Jahat betul si Charlie ni. Ini dia gambar si Charlie. Kalau nak tengok gambar macam mana kena gigit oleh si Charlie, sila google sendiri sebab aku tak sanggup nak tengok gambar yang ditayang oleh google ni.



Nama Am: Kumbang Rove

Nama Spesis: Paederus fuscipes

Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie (Huih..banyak nama glemer kau rupenye!)

Kesan kepada manusia:
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.

Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang

Nasihat kepada yang dijangkiti:
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Next Post Newer Post Previous Post Older Post Home

0 comments :

Post a Comment